Skip to main content

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi

BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI

  1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.
  2. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  3. Menjalankan tugasan pentadbiran am bagi Mahkamah Tinggi Seremban.
  4. Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa bagi Mahkamah Tinggi Seremban.
  5. Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan di Mahkamah Tinggi Seremban.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL

  1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.
  2. Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Seremban.
  3. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan.
  4. Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah Tinggi.
  5. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH

  1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.
  2. Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Seremban.
  3. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan.
  4. Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah Tinggi.
  5. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh  dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 tahun 2017.
  6. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.