Langkau ke kandungan utama

Pesuruhjaya Sumpah

Pesuruhjaya Sumpah Kompleks Mahkamah Seremban

Kompleks Mahkamah Seremban menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengikrarkan surat cara-surat cara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah. Pengikraran dokumentasi ini berlandaskan Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 ( P.U. (A) 67 2018) dan mana-mana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah.

Lokasi Kaunter Pesuruhjaya Sumpah

Aras Bawah, Kompleks Mahkamah Seremban

Waktu Urusan Kaunter Pesuruhjaya Sumpah

Hari

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Khamis (kecuali hari Cuti Umum)

8.30 pagi hingga 1.00 petang

2.00 petang hingga 4.30 petang

Jumaat (kecuali hari Cuti Umum)

8.30 pagi hingga 12.15 tengahari

2.45 petang hingga 4.30 petang

Caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Bil.

Jenis Dokumen

Kadar Fi

1.

Akuan Berkanun

RM 10.00 bagi setiap deponen

2.

Ekshibit / Lampiran yang dirujuk di dalam akuan

RM 10.00 bagi setiap ekshibit

3.

Afidavit Asal

RM 10.00 bagi setiap deponen

4.

Eksibit yang disebut di dalam Afidavit Asal

RM 5.00 bagi setiap ekshibit

5.

Pendua atau salinan afidavit

RM 5.00 bagi setiap deponen

6.

Pendua atau salinan ekshibit

RM 2.00 bagi setiap ekshibit

7.

Dokumen, ikrar, akuterimaan, surat ikatan atau surat cara lain

RM 10.00 bagi setiap dokumen

8.

Pendua atau salinan dokumen termasuk ikrar, akuterimaan, surat ikatan atau surat cara lain

RM 5.00 bagi setiap dokumen

Apa-apa aduan mengenai pengenaan fi tambahan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah selain yang tertera di atas atau apa-apa salah laku Pesuruhjaya Sumpah bolehlah diadukan melalui e-mel kepada upjs[at]kehakiman.gov.my atau talian am 03-8880 3500 atau talian terus 03-8880 9503