Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Latar Belakang Mahkamah Malaysia dan Mahkamah Negeri Sembilan

img
Istana Kehakiman Putrajaya

Sistem Mahkamah Malaysia berasal daripada satu piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Empayar Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan British dalam negeri Pulau Pinang.

Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:-

  • Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu
  • Mahkamah Agung Singapura
  • Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.

Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.

Pada suatu ketika dahulu, mahkamah tertinggi Malaysia adalah Majlis Privy (Privy Council) di London, walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Pada masa itu juga, penguatkuasaan artikel 131 Perlembagaan Persekutuan membenarkan rayuan bagi keputusan Mahkamah Persekutuan dirujuk kepada Majlis Privy. Dengan pemansuhan perjanjian ini pada tahun 1985, berakhirlah sistem kehakiman yang bergantung terhadap sistem kehakiman Britain.

Struktur Badan Kehakiman Malaysia boleh dipecahkan pada dua bahagian iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.

Halaman 1 dari 4