Skip to main content
Please wait...

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke portal rasmi Mahkamah Negeri Sembilan.

 

Saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam usaha mengemaskini dan menambahbaik portal rasmi ini.

 

Saya berharap portal rasmi ini dapat meningkatkan lagi usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif Mahkamah di samping menjadi saluran dan sumber rujukan kepada masyarakat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai badan kehakiman khususnya Mahkamah Negeri Sembilan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi.

 

Mahkamah Negeri Sembilan komited dan akan terus berusaha untuk meningkatkan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta jaminan kepuasan hati setiap pelanggan selaras dengan misi Jabatan iaitu  "melestarikan pengurusan kehakiman yang adil, berkualiti, telus dan efisien berlandaskan perlembagaan dan undang-undang".

 

Semoga semua maklumat yang ada di portal rasmi ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pengguna.

 

Sekian, terima kasih.