Bahagian Pusat Tanggungjawab Negeri Sembilan
UNIT PERKHIDMATAN / PENTADBIRAN
- Menguruskan semua urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan daripada pelantikan sehingga persaraan.
- Menguruskan cuti dan buku rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Sembilan.
- Menguruskan latihan/kursus dan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan.
- Urusetia disiplin dan tatatertib semua kumpulan.
- Urusan kenderaan jabatan.
- Pengurusan mesyuarat.
- Menguruskan tempahan cop, signage dan tempahan makan.
- Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa.
UNIT KEWANGAN
- Mengawal selia kewangan Mahkamah Negeri Sembilan bagi urusan gaji, akaun hasil dan penerimaan bayaran di kaunter.
- Mengawal selia kerja-kerja perakaunan di 7 pusat kos Mahkamah Negeri Sembilan.
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
UNIT PEROLEHAN DAN ASET
- Bertanggungjawab bagi urusan kontrak perolehan, kawalan keselamatan, perkhidmatan pembersihan dan toner/kertas bagi seluruh Mahkamah Negeri Sembilan.
- Urusan pendaftaran, penilaian semula dan pelupusan aset.
- Pengurusan stor pusat.
- Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa.