Program AKRAB Inspire 2026
Pada 27 Januari 2026, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan Program AKRAB Inspire 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.
Program AKRAB Inspire 2026 merupakan program tahunan yang dilaksanakan sejak 2024. Tujuan program ini diadakan untuk adalah membentangkan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dan juga membentangkan cadangan program yang bakal diadakan pada tahun 2026. Selain itu, dimaklumkan juga anugerah AKRAB yang dicapai pada tahun 2025 kepada semua ahli AKRAB. Bagi menghargai semua ahli Jawatan Kuasa bagi sesi 2025/2026, diadakan juga penyampaian sijil penghargaan. Program ini juga dijalankan bagi meraikan rakan-rakan strategik AKRAB yang turut sama membantu dalam program AKRAB sepanjang tahun 2025.
Turut serta dalam program ini ialah YBrs. Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Puan Kanageswari Nalliah, Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Mahkamah Negeri Sembilan, Tuan Mohamad Kamil Bin Nizam serta Pegawai-Pegawai Penyelia kepada ahli-ahli AKRAB.
Pengerusi AKRAB bagi sesi 2026/2027, YBrs. Tuan Amran Bin Jantan telah membuka perbincangan kepada para hadirin untuk memberi pandangan membina bagi perkembangan AKRAB pada masa akan datang. Pada penghujung program, semua ahli AKRAB dan para tetamu yang hadir disajikan dengan minum petang yang ditaja sepenuhnya oleh YBrs. Puan Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan.








