Skip to main content

Kunjungan Hormat Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan

Pada 25 Februari 2026, Mahkamah Seremban telah menerima kunjungan hormat dari pegawai-pegawai kanan PDRM, IPK Negeri Sembilan. Delegasi dari PDRM ini telah diketuai oleh YDH Tuan ACP Muhammad Izzudin bin Runggai, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah N.Sembilan. Kunjungan PDRM ini telah disambut oleh YBrs. Puan Kanageswari Nalliah, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan.

Semasa sesi kunjungan ini, pihak PDRM dan pihak Mahkamah Negeri Sembilan telah membincangkan hal-hal berbangkit dan telah bertukar pandangan dalam menyelesaikan hal-hal yang melibatkan hubungan antara pihak PDRM dan Mahkamah Negeri Sembilan. Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah berjaya meningkatkan persefahaman dan mengeratkan hubungan serta jalinan kerjasama di antara PDRM dan Mahkamah Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia