Skip to main content

Kunjungan Hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan

Pada 10 Jun 2026, Mahkamah Seremban telah menerima kunjungan hormat dari pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan. Delegasi dari Jabatan Bomba ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Tuan Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin.

Kunjungan Jabatan Bomba ini telah disambut oleh YBrs. Puan Kanageswari Nalliah, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan. Pada sesi kunjungan ini, pihak Jabatan Bomba telah memberikan pengenalan mengenai fungsi jabatan tersebut dan telah memaklumkan terdapat juga kes-kes pendakwaan yang telah dilakukan oleh jabatan ini di Mahkamah Negeri Sembilan.

Selain itu, pihak Jabatan Bomba dan pihak Mahkamah Negeri Sembilan telah membincangkan hal-hal berbangkit yang melibatkan kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dalam menyelesaikan hal-hal yang melibatkan kerjasama antara pihak Jabatan Bomba dan Mahkamah Negeri Sembilan.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah meningkatkan  persefahaman dan mengeratkan lagi hubungan serta jalinan kerjasama di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Mahkamah Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia