Langkau ke kandungan utama

Kempen Derma Darah Tahun 2026 Mahkamah Negeri Sembilan

Pada 13 Ogos 2026, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan Kempen Derma Darah bagi tahun 2026 di Bilik Seminar, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.

Kempen Derma Darah ini merupakan program tahun ke-4 dijalankan dengan kerjasama Pusat Darah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. AKRAB sangat berbesar hati kerana YBrs. Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Datin Kunasundary a/p Marimuthu telah meluluskan dan turut serta melihat perjalanan program dijalankan pada hari ini.

Selain itu, Pengerusi AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan iaitu Tuan Amran bin Jantan turut hadir memeriahkan program ini bersama pasukan Kempen Derma Darah yang diketuai oleh Cik Kasthuri Perumal selaku Pengarah Program. Kali ini, pasukan dari Pusat Darah HTJ diketuai oleh Dr. Noor Hidayah binti Mohamad Din.

Kehadiran seramai 56 orang untuk menderma darah. Selain, warga Mahkamah Negeri Sembilan, program ini juga mendapat sambutan dari kalangan orang awam, pegawai dari agensi berdekatan seperti Majlis Peguam, Imigresen, Pejabat Penjara Seremban, Ibupejabat Polis Seremban dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia