Skip to main content

AKRAB Prihatin Siri Kedua Tahun 2026 Mahkamah Negeri Sembilan

Pada 26 Ogos 2026, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan dengan kerjasama Biro Kebajikan Kelab Sukan & Kebajikan Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan AKRAB PRIHATIN 2026 di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Acara ini merupakan siri kedua bagi tahun 2026.

AKRAB Prihatin ini merupakan inisiatif AKRAB untuk mendekati warga Mahkamah yang ditimpa musibah atau kesukaran sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan. Hari ini YBrs. Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Datin Kunasundary a/p Marimuthu dan juga Tuan Pengerusi AKRAB, Tuan Amran Bin Jantan berama-sama turun berjumpa dengan kakitangan yang ditimpa musibah iaitu Puan Marlina Binti Mat Johan (kehilangan suami) dan Puan Lily Suriawati Aida Binti Md Arif (kehilangan ayahanda) di bahagian masing-masing. Acara ini juga diikuti oleh ahli-ahli AKRAB dan ahli Biro Kebajikan Kelab Sukan & Kebajikan.

Selain menyantuni kedua-dua kakitangan ini, YBrs. Datin Pengarah dan Tuan Pengerusi AKRAB turut menyampaikan sumbangan dari Kelab Sukan & Kebajikan dan AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan. Harapan AKRAB Prihatin adalah dapat memberi sokongan, kekuatan dan semangat kepada kakitangan yang terlibat.  

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia