Skip to main content

Program AKRAB Cakna 2025: Mahkamah Port Dickson

Pada 14 Ogos 2025, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan Program AKRAB Cakna 2025 di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan. Program AKRAB Cakna ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan sejak tahun 2023. Program ini berkonsepkan jelajah ke semua Mahkamah Daerah dalam Negeri Sembilan. Idea program ini datang daripada permintaan mantan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, YBhg. Dato’ Hasbi Binti Hasan dalam ucapan beliau semasa Majlis Pentauliahan AKRAB yang diadakan pada 17 Ogos 2022. YBhg. Dato’ Hasbi binti Hasan ingin AKRAB sampai ke semua tempat dalam setiap negeri untuk berkhidmat sebagai pembimbing rakan sekerja. Maka, terhasil program AKRAB Cakna ini.

Lokasi pertama AKRAB Cakna 2025 berlangsung di Mahkamah Majistret Port Dickson. Program ini dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan seramai tujuh (7) orang dan dikendalikan oleh dua (2) orang ahli AKRAB iaitu Puan Emysuriana binti Muhammad Subry dan Puan Fadillah binti Md Nor. Pengisian yang dibawa dalam program hari ini ialah Magic Word, perkongsian The Big Five Theory, Warna Energi, Kenali Personaliti Diri dan Terapi Seni AD-HTP.

Di akhir program, Tuan Mohd Farez bin Rahman selaku Majistret Mahkamah Port Dickson berpuas hati dan gembira dengan aktiviti yang telah disusun oleh AKRAB.