Skip to main content

Kunjungan Hormat Pegawai Kanan Jabatan Penjara Negeri Sembilan

Pada 27 Februari 2026, Mahkamah Seremban telah menerima satu kunjungan hormat dari pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Negeri Sembilan. Delegasi dari Jabatan Penjara ini telah diketuai oleh YDH PKK Tuan Talhah bin Hasim, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Kunjungan  ini telah disambut oleh YBrs. Puan Kanageswari Nalliah, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan.

Pada sesi kunjungan ini, pihak Penjara Negeri Sembilan telah memberikan taklimat berkenaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang mana ia merupakan alternatif terbaik untuk memberikan hukuman bagi kesalahan-kesalahan kecil. Pihak penjara juga memaklumkan bahawa mereka dalam usaha untuk mempromosikan PKW ini memandangkan keadaan penjara yang kian padat dengan banduan.
 
Pihak penjara dan  Mahkamah Negeri Sembilan juga telah membincangkan hal-hal berbangkit yang melibatkan kedua-dua pihak dan kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama. Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah meningkatkan persefahaman dan mengeratkan lagi hubungan serta jalinan kerjasama di antara pihak penjara dan Mahkamah Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia