Dimaklumkan bahawa operasi talian telefon di Kompleks Mahkamah Seremban tidak dapat beroperasi buat sementara waktu berikutan isu-isu teknikal yang tidak dapat dielakkan. Berikutan itu, segala urusan hendaklah dilakukan melalui emel kami di ptjns@kehakiman.gov.my berkuatkuasa sehingga operasi talian telefon kembali pulih.
Pihak Mahkamah Negeri Sembilan memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh semua pihak.
Harap maklum dan terima kasih.
Pentadbir Portal Mahkamah Negeri Sembilan

