Skip to main content

Dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menerima aduan mengenai pemalsuan dokumen berkaitan Pejabat ini yang bertajuk Amaran Terakhir Pembekuan Semua Akaun simpanan & semasa, serta Sekatan Pengeluaran KWSP mengikut Akta Tuntutan Hutang 1957. Sila rujuk kepada gambar yang dilampirkan.

Sehubungan itu, Pejabat ini mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh Pejabat ini. Orang awam diminta berhati-hati jika menerima dokumen seumpama ini.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila hubungi komunikasikorporat@kehakiman.gov.my.

#scamalert
#ambiltahujanganditipu
#myjudiciary
#TaatSetia 

ScamAlert
Sumber
Laman Facebook: Badan Kehakiman Malaysia