Skip to main content

Program Jualan Rahmah Madani Anjuran Bersama KPDN Negeri Sembilan Disember 2025

Pada 23 Disember 2025, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan Program Jualan Rahmah Madani anjuran bersama dengan KPDN Negeri Sembilan di Ruang Parkir, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.

Program Jualan Rahmah Madani kali ini merupakan program kedua yang dijalankan pada tahun ini. Sambutan yang diterima amat baik. Walaupun kali ini program Jualan Rahmah diadakan di dalam Kompleks Mahkamah Seremban, orang ramai tetap datang untuk mengambil peluang membeli belah sempena jualan rahmah ini. AKRAB sangat berbesar hati kerana YBrs. Puan Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Puan Kanageswari Nalliah turut hadir bersama YBrs. Tuan Amran Bin Jantan selaku Penasihat Program Jualan Rahmah Madani.

Selain warga Mahkamah Negeri Sembilan, program ini juga telah mendapat sambutan dari kalangan orang awam, pegawai dari agensi yang berdekatan seperti Majlis Peguam, Klinik Kesihatan Seremban, Ibu Pejabat Polis Seremban dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan.

Program ini adalah program akhir bagi tahun 2025 oleh AKRAB. Dengan kerjasama padu dari semua ahli AKRAB, Program Jualan Rahmah Madani ini telah  berjaya dilaksanakan untuk kali kedua tahun ini. Jualan Rahmah Madani adalah inisiatif di bawah Payung RAHMAH yang bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, memastikan barangan keperluan asas sentiasa ada dan mampu dibeli, serta mengekalkan kestabilan ekonomi tempatan. AKRAB bersemangat untuk meneruskan usaha ini pada tahun akan datang  dengan lebih baik.