Skip to main content

Mesyuarat Hakim Pengurus Mahkamah Negeri Sembilan Februari 2026

Pada 11 Februari 2026, suatu mesyuarat khas telah diadakan di antara Hakim Pengurus Mahkamah Negeri Sembilan bersama Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Pengurus Mahkamah Negeri Sembilan dan disertai seramai 9 orang Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan yang telah diketuai oleh Encik Karthigesan Shanmugan selaku Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan.
Beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak peguam dan YA Hakim Pengurus telah memberikan nasihat, pandangan serta panduan dalam menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan.

Secara keseluruhan, mesyuarat ini telah berjaya menyelesaikan beberapa isu yang telah dibangkitkan. Pada masa yang sama, mesyuarat ini  telah memberikan ruang kepada kedua- dua pihak untuk bertukar pandangan dan secara tidak langsung telah mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan baik di antara Mahkamah Negeri Sembilan dan  Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia