Skip to main content

Kunjungan Hormat Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan

Pada 22 Januari 2026, Mahkamah Negeri Sembilan telah menerima  kunjungan hormat dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan kepada YBrs. Puan Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan. Pihak AADK telah diketuai oleh Pengarah AADK Negeri Sembilan, Puan Ruziliza binti Ibrahim.

Sesi kunjung hormat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Seremban. Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara pihak Mahkamah dan pihak AADK Negeri Sembilan. Sepanjang sesi berlangsung, beberapa isu  telah dibincangkan seperti pindaan Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan dan akta-akta lain yang berkaitan serta bagaimana kaedah terbaik bagi AADK dalam menyediakan syor kepada mahkamah bagi kes-kes melibatkan penagih dadah.

Secara keseluruhan, kunjungan ini telah merapatkan lagi hubungan di antara pihak mahkamah dan pihak AADK Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia