Skip to main content

Lawatan Kerja YAA Hakim Besar Malaya ke Mahkamah Negeri Sembilan

Pada 13 April 2026 (Isnin), YAA Datuk Seri Hashim bin  Hamzah, Hakim Besar Malaya telah mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Encik Karthigesan a/l Shanmugam bersama beberapa orang ahli. Perjumpaan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Seremban
Beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak peguam Negeri Sembilan. YAA telah memberikan maklumbalas, nasihat serta panduan dalam menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan ini.

Pada sesi petang, YAA Hakim Besar Malaya telah mempengerusikan Mesyuarat Statistik Mahkamah Negeri Sembilan.  Mesyuarat-mesyuarat ini telah turut disertai oleh YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Pengurus Mahkamah Negeri Sembilan, YA Dato’ Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh, Hakim Utama Negeri Sembilan, YA Puan Roz Mawar binti Rozain, Hakim Mahkamah Tinggi 1, YA Tuan Mohamad Haldar bin Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi 2, YBrs. Puan Kanageswari Nalliah, Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai kehakiman Mahkamah Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan sesi pembentangan statistik Mahkamah Rendah dan diikuti dengan sesi pembentangan statistik Mahkamah Tinggi.

Dalam mesyuarat tersebut, YAA Hakim Besar Malaya turut memberikan penekanan terhadap aspek pengurusan kes serta kepentingan penyediaan alasan penghakiman dan nota keterangan dalam tempoh yang ditetapkan  sebagai usaha berterusan untuk mempertingkatkan prestasi dan kecekapan Mahkamah Negeri Sembilan.

Mahkamah Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAA Hakim Besar Malaya atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Negeri Sembilan.

#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#JabatanPerdanaMenteri
#MYJudiciary
#TaatSetia