Skip to main content

Srikandi Santai: Recharge & Rise Siri 2

Pada 19 Ogos 2025, AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan telah mengadakan Program Srikandi Santai: Recharge & Rise Siri 2 di Bilik Seminar, Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.

Program Srikandi Santai ini telah dihadiri oleh 28 orang kakitangan wanita Mahkamah Negeri Sembilan. Objektif utama program ini adalah untuk membina keyakinan diri, mengeratkan silaturahim, mewujudkan budaya berdaya saing dalam pekerjaan. Pengisian program melibatkan analisa dan taklimat kesihatan, senaman kerusi khusus untuk pekerja di pejabat, sesi bimbingan secara berkelompok dan aktiviti-aktiviti berkonsepkan intervensi psikososial.

Penganjuran program ini di bawah seliaan Puan Emysuriana binti Muhammad Subry selaku Pengarah Program telah berjaya melaksanakan dua siri program dengan pelbagai pengisian berasaskan bimbingan kaunseling dan intervensi yang sesuai.

Manfaat program bukan sahaja untuk peserta tetapi juga untuk ahli-ahli AKRAB yang terlibat. Pendedahan dalam bentuk bimbingan dan intervensi yang sesuai menjadi perkara penting kepada ahli-ahli AKRAB dalam menjalankan tugas dan peranan mereka sebagai rakan pembimbing di pejabat. Kesimpulannya, program Srikandi Santai ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektif kepada semua peserta dan juga ahli-ahli AKRAB. Semoga semua warga kerja yang terlibat akan lebih hebat dan cemerlang pada masa akan datang.