Srikandi Santai: Recharge & Rise Siri 1
Pada 25 Jun 2025, AKRAB Mankamah Negeri Sembilan telah menganjurkan program Srikandi Santai: Recharge & Rise Siri 1 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Mahkamah Seremban. Program Srikandi Santai: Recharge & Rise merupakan satu program yang ingin meraikan pekerja wanita di Mahkamah Negeri Sembilan.
Ini juga adalah satu inisiatif ke arah membina komuniti kerja yang lebih positif dalam kalangan pekerja wanita. AKRAB ingin membina keseimbangan emosi, kesihatan mental dan fizikal bagi memastikan prestasi kerja yang mampan dan keharmonian hidup secara menyeluruh. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh pegawai dari Pusat Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Taklimat pada hari ini adalah berkaitan dengan zakat harta dan juga wakaf. Seterusnya, peserta program turut diberikan taklimat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Doktor Pakar Nutrisi dari Koperasi Impian Usahawan Kuala Lumpur Berhad (KIUB).
Pada sesi petang, program diteruskan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti. Antaranya ialah Ice-breaking, Embrace Yourself, Radio Rosak, Memori Tercipta dan Refleksi. Objektif program berjaya dicapai dengan memberi ruang rehat dan “me time” yang berkualiti kepada pekerja wanita. Di samping itu, program ini juga dapat membina sokongan sosial dan ukhuwah antara rakan sekerja wanita. Selain itu, program ini berjaya menyuntik semangat dan motivasi untuk pekerja wanita menghadapi cabaran kerjaya dan kehidupan.
Program ini dikendalikan oleh tujuh (7) orang ahli AKRAB wanita yang mana Pengarah Program ini ialah Puan Emysuriana binti Haji Muhammad Subry dan telah dihadiri oleh 37 orang pekerja wanita. AKRAB Mahkamah Negeri Sembilan sangat berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua peserta yang hadir. AKRAB percaya bahawa dengan pelaksanaan program seperti ini bukan sahaja menghargai peranan wanita dalam organisasi malah dapat menyemarakkan semangat mereka untuk menyumbang dengan penuh iltizam dan kecekalan.





