Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI

     1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.

2. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah

    Persekutuan Malaysia.

3. Menjalankan tugasan pentadbiran am bagi Mahkamah Tinggi Seremban.

4. Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa

    bagi Mahkamah Tinggi Seremban.

5. Mengawal selia disiplin Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan kakitangan di

    Mahkamah Tinggi Seremban.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL

1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.

2. Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Seremban.

3. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan.

4. Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah Tinggi.

5. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah

    Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH

1. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.

2. Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi 

    Seremban.

3. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan.

4. Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi setiap Mahkamah Tinggi.

5. Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam

    lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman

    mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 tahun 2017.

6. Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah

    Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.