Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru.
- Mendengar kes untuk Pengurusan Kes Kali pertama bagi Mahkamah Sesyen Sivil.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukaka, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
- Mendengar kes untuk Pengurusan Kes Kali pertama bagi Mahkamah Majistret Sivil
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukaka, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Seremban bagi urusan reman di bawah Sek.117 Kanun Acara Jenayah dan permohonan lain.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah.