JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM DAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM BAGI TAHUN 2012

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera
 
YBhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan,
 
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM DAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM BAGI TAHUN 2012
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan emel daripada Jabatan Perdana Menteri bertarikh 30 Januari 2012 yang dilampirkan bersama adalah berkaitan.
 
2. Sukacita dipanjangkan pemakluman daripada JPM berhubung jadual bagi kedua-dua peperiksan tersebut yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjsama YBhg. Dato’/ Datin / tuan / puan untuk memaklumkan kepada pegwai-pegawai di jabatan / bahagian YBhg. Dato’/ Datin / tuan / puan yang masih belum menduduki peperiksaan ini agar memohon sebelum tarikh tutup permohonan.
 
3. Bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama Di Bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), permohonan hendaklah dibuat melalui laman web kompetensi JPA di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan manakala Bagi Pegawai Bukan Perkhidmatan Gunasama, permohonan hendaklah dibuat melalui borang seperti di Lampiran.
 
4. Sila lengkapkan maklumat seperti nama calon, nombor kad pengenalan, jawatan dan gred, tarikh lantikan, alamat tempat bertugas, nombor telefon, no faks dan tarikh peperiksaan (sila rujuk jadual peperiksaan). Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada penyelia / pegawai yang menjalankan urusan peperiksaan di Pusat Tanggungjawab / bahagian masing-masing untuk dimajukan ke nombor faks 03-88884522 atau ke alamat emel seperti berikut :
 
 
 
 
atau melalui surat di alamat :
 
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Unit Latihan Dan Kompetensi
Seksyen Pembangunan Organisasi
Aras 3, Istana Kehakiman,Presint 3
62506 Putrajaya
(u.p.: Urus Setia Peperiksaan)
 
3. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datin / tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cik Zuliana - 03 88803794 / Puan Airin - 03 88809497 / Puan Noruhaiza - 03 88803823.
 
Sekian.
 
 
Unit Latihan dan Kompetensi
Seksyen Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
PUTRAJAYA

Faks: 03-8888 4522
 
 
 
 
 
diambil dari email kehakiman: sitizubaidah@kehakiman.gov.my
 
SEMUA AGENSI DI BAWAH JPM
 
YBhg. Dato’/Tuan/Puan,
 
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM DAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM BAGI TAHUN 2012
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2012. Bersama-sama ini disertakan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi tahun 2012 di bawah anjuran JPA.
 
3. Untuk makluman YBhg Dato’/tuan/puan, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum adalah seperti berikut :
 
Sebelum SPP Bil 5 Tahun 2011
SPP Bil 5 Tahun 2011
 
1.
Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang Setaraf dengan Kumpulan C dari Gred 17 hingga 26 (SUC)
Peperiksaan Subjek Umum
 
i) Tahap Asas
ii) Tahap Pertengahan
iii) Tahap Lanjutan
2.
Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi Kumpulan Sokongan yang Setaraf dengan Kumpulan D dari Gred 1 hingga 16 (SUD)
3.
Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan
 
 
4. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mempunyai tiga (3) Tahap Keperluan Penguasaan (TKP) iaitu Tahap Asas, Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan. TKP pegawai akan ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan masing-masing. Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi tiga (3) TKP berkenaan akan dikeluarkan sebaik sahaja sukatan tersebut diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) dan dijangka akan dipaparkan di laman web JPA pada bulan Februari 2012. Untuk penerangan lebih terperinci mengenai penentuan TKP, YBhg Dato’/tuan/puan boleh merujuk kepada SPP Bil. 5 Tahun 2011.
 
5. Jabatan Perdana Menteri akan melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan juga Peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti di bawah :-
 
BIL
PEPERIKSAAN
BAHAGIAN
1
Peperiksaan Perkhidmatan Awam Setiausaha Pejabat Gred N3-1
Bhg. I (a) – Pengambilan Nota 50 p.s.m (Bahasa Malaysia)
2
Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W4-1
Bhg. I – Ujian Menaip Kederasan 18 p.s.m
3
Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N4-1
Bhg. I – Ujian Menaip Kederasan 18 p.s.m
4
Peperiksaan Perkhidmatan Awam Setiausaha Pejabat Gred N4-1
Bhg. I (a) – Pengambilan Nota 30 p.s.m (Bahasa Malaysia)
5
Ujian Pengambilan Nota/Nota Rintas bagi Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat untuk Elaun Dwi Bahasa dan Kenaikan Pangkat –
Bahasa Malaysia – 80 p.s.m,
Bahasa Inggeris - 80 p.s.m dan 100 p.s.m
6
Peperiksaan Kederasan Menaip (Untuk Hadiah Kenaikan) bagi Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip)
-
 
6. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg Dato’/tuan/puan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada pegawai yang layak menduduki peperiksaan berkenaan agar memohon sebelum tarikh tutup permohonan seperti di Lampiran. Permohonan boleh dimajukan kepada Urusetia Peperiksaan JPM dengan mengemukakan maklumat seperti nama calon, nombor kad pengenalan, jawatan dan gred, tarikh lantikan, alamat tempat bertugas, nombor telefon dan faks pada alamat emel di bawah :
 
a) saidunkarnaen@ pajpm.gov.my
 
atau melalui surat di alamat :
 
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia (Latihan)
Aras 3 Blok B8, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p : Urus setia Peperiksaan JPM)
 
7. Kerjasama pihak YBhg. Dato’/tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Saidunkarnaen/ Pn. Amie Azida di talian 03-8872 1880/1882.
 
Sekian.
 
 
“KUALITI DIJULANG PRESTASI TERBILANG”
“MEMARTABATKAN AKAUNTABILITI MEMBUDAYAKAN INTEGRITI”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
t.t
SAIDUNKARNAEN BIN BAKHORI
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-8872 1880
Fax : 03-8888 3869
Total visitors to the Portal : 60,795
Last updated : 26 November 2014