PERTANDINGAN BOWLING PERSAHABATAN

LAPORAN RINGKAS PERTANDINGAN BOLING PERSAHABATAN MAHKAMAH NEGERI SEMBILAN DAN MAHKAMAH NEGERI SELANGOR 2013

6 Februari 2014

Anjuran:

Kelab Sukan Dan Kebajikan, Kehakiman dan Perundangan Negeri Sembilan.

 

Pada 21 Disember 2013, pihak Mahkamah Negeri Sembilan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan, Kehakiman dan Perundangan Negeri Sembilan telah mengadakan satu pertandingan boling persahabatan di antara Mahkamah Negeri Sembilan dan Mahkamah Negeri Selangor bertempat di Ampang Superbowl, Seremban Parade, Seremban. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan daripada kedua-dua Mahkamah dengan tujuan mengeratkan ikatan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan dan berkenal-kenalan antara dua Mahkamah yang terlibat.

Sebanyak sepuluh buah kumpulan kecil telah dibentuk dimana setiap kumpulan disertai oleh seramai tiga orang pemain. Setiap pemain hendaklah membuat lontaran sehingga selesai tiga kali permainan (frames) mengikut standard permainan antarabangsa. Pihak wakil peguam turut dijemput bermain bersama sebagai pasukan jemputan bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Kiraan mata dikumpul berdasarkan jumlah jatuhan pin yang terbanyak secara individu dan berkumpulan.

Bagi kategori individu, wakil daripada Mahkamah Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Sham bin Mohamad telah muncul selaku pemain terbaik yang telah membuat jatuhan pin paling banyak secara individu. Manakala bagi kategori berkumpulan, pasukan daripada Mahkamah Negeri Selangor iaitu yang diketuai oleh Puan Sabariah binti Atan telah mengungguli kategori ini di mana jatuhan pin mereka adalah yang paling tinggi dari kalangan semua kumpulan.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Sabariah binti Atan selaku Pengarah, Mahkamah Negeri Selangor dan juga             Tuan Zuhair bin Rosli mewakili Mahkamah Negeri Sembilan. Kedua-dua wakil Mahkamah turut bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan dan majlis diakhiri dengan sesi cabutan bertuah bagi peserta yang bermain. Kesimpulannya, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.  Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh,

                t.t.

MOHAMAD IZWAN BIN MOHAMED NOH

Naib Pengerusi

Kelab Sukan dan Kebajikan, Kehakiman dan Perundangan Negeri Sembilan

Total visitors to the Portal : 79,622
Last updated : 23 June 2017